BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 26 December 2011

Permulaan Detik Pertemuan








Tanggal 28 Jun 2009, aku melangkah kaki ke salah satu IPT yang menjadi impian semua pelajar lepasan menengah... aku telah berjaya melanjutkan pelajaran ke UKM Bangi bagi menyambung pengajianku ke peringkat ijazah. Perasaan berdebar-debar ingin berhadapan dengan dunia baru. Ini merupakan pertama kali aku melangkah keluar dari daerah negeriku dan berhijrah ke bandar. Aku telah diberitahu bahawa kolej penginapanku adalah Kolej Rahim Kajai. Tepat 9.00 pagi aku telah sampai ke UKM dan mendaftar masuk ke asrama yang menjadi tempat penginapanku. Pertama kali menjejak kaki ke kolej ini aku berasa terkejut dengan budaya yang ku lihat. Betul kata ustaz ku dulu bahawa bila dah melangkah ke alam kampus aku akan terima "kejutan budaya". Jadi sekarang aku kena pandai jaga diri kerana telah berjauhan dengan keluarga...Sewaktu proses pendaftaran, aku memandang seorang pelajar perempuan yang berkaca mata ketika itu menghadapi sedikit masalah pendaftaran. Aku memandangnya tanpa disedarinya. Kemudian tepat pukul 10.00, proses pendaftaran selesai


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...