BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 29 December 2011

Kami Sahabat “Sehati Sejiwa”


Nak sambung balik kisah ari 2..Mengimbau kembali kenangan-kenangan semasa tahun satu dahulu iaitu mula-mula masuk UKM dan bagaimana aku boleh jumpa dengan kawan yang kedua selepas my romate..hehe.. Kawan yang aku maksudkan ialah Cik Nurul Fatin atau lebih mesra dengan panggilan nurul..nurul seorang yang ceria, banyak ilmu, seorang yang manja..kihkih...tapi kuat semangat..Macam mn boleh kenal dengan dia ialah waktu minggu mesra pelajar (mmp). Masa tu aku dengan romate beratur dalam barisan. Masa jalan nak pegi DECTAR, entah macam mana kami dah terpisah. Dah laa time tu malam.. Tiba-tiba datang laa seorang pelajar nie, kamu bertegur sapa. tanye asal mana..upernyer ore cik siti wan kembang jugak. nie xboleh nie. Kalau jumpe dengan geng2 kelate kita ore mudah mesra. bak kato buleh masuk gu...hehe.. masuk hari kedua mmp, kami makin rapat..bila habis mmp lebih kurang seminggu, kami masih bertegur, sampaikan aku kenakan nurul dengan romate, iaitu nur. kami bertiga mula rapat. selalu je aku pegi bilik nurul, time makan kami  pegi bertiga.. sampai laaa sekarang kami tetap bertiga. sehati sejiwa katakan..

Tak terkata dah..bersyukur sangat dapat kenal dengan kamu berdua...best sangat. Nur n Nurul, YOU ARE MY BESTFRiENDS..Sayang kamu kerana Allah..moga ukhwah kita ukhwahFILLAH abadan abada....

Tuesday 27 December 2011

Bertemu Dengan Sahabat ^-^

Selesai hari pendaftaran, aku dibawa ke bilik asrama KRK, yang menjadi tempat penginapanku nanti. Sedih laa juga sebab ma dan ayah tak dapat hantar masa hari pendaftaran masuk ke UKM..hukhuk...Tapi nasib baik ada kak cik (second sister) dan tiga orang abang (abe, abe lie dan mukri) sudi menghantar adiknya masuk u...hehe...untung ada ramai adik-beradik nie..boleh mitak tolong.kihkih...Beralih kepada ma dan ayahyang tak dapat bersama-sama masa hari pendaftaran sebab ma dan ayah terpaksa hantar Farah, adik pada aku , dan beza antara kami hanya 2 tahun. Farah dapat melanjutkan pengajiannya dalam bidang Usuluddin di UNISZA, klu dulu diekenali dengan nama KUZA, iaitu tempat kakakku yang ketiga belajar dahulu. Emm.. mesti pelik kan, kenapa kami dapat sambung ke IPT sama-sama. Sebab Farah dapat naik class hari 2, selepas menduduki ujian UKSA kat sekolah Agama yang ketika itu masih ada class peralihan. Hampir 6 tahun kami satu class. sampaikan cikgu kata kami kembar,haha...adik-beradik katakan. Alhamdulillah impian nak sambung belajar ke IPT tercapai. Ok2, nak sambung balik masa hari pendaftaran hari 2. Bila sampai aje kat bilik asrama, terkejut juga tak sangka biliknya selesa sangat,luas pulak 2. Satu bilik dua orang. Tiga orang abang yang merangkap bodyguardku membantu memunggah beg2. nasib baik ada abang-abang nie.. hehe kalau dio orang baca nie mesti marah..kihkih.Teringat lagi kata Abe Lie bawa beg punyer besar macam tak mau balik umah dah... biasa laa ore pompuan, mesti banyak barang..haha.. Selesai mengemas barang abg2 dan kak cik, tiba-tiba datang satu family masuk ke bilik asramaku. 

Aku terpandang seorang pelajar perempuan yang berkaca mata yang berada di sebelah maknya. Baru aku perasan rupa-rupanya dia adalah pelajar yang aku lihat masa kat pendaftran tadi yang ada sedikit masalah masa nak daftar masuk kolej. Dia rupanya roomateku. Bersyukur sangat dapat juga jumpe dengan kawan pertama yang juga my roomate. Namanya Nur Hawiyah, yang biasa aku panggil dengan panggilan Nur. Nur asalnya Terengganu. Kami berborak sekejap, sebab kak cik dan abang2 pun dah nak balik. Selepas itu, aku keluar dari bilik,  nak hantar kak cik dan abang2 kat kereta, masa 2 punyer laa sedih. Yer laa tak pernah hidup berjauhan dengan family. Nie first time aku duk jauh dari ma  ayah..Anak manja betul aku nie kan..huhu..Tapi cover2, aku tahan juga walaupun hati nie nak nangis. Kak cik perasan bila tengok mukaku berubah, Dia pesan, belajar rajin2 nanti ada masa kak cik datang kat sini. Lega sikit bila kak cik bagi tau macam tu.hehe. Selepas mereka beredar, aku kembali semula ke bilik, masuk aje ke bilik, tengok roomate tengah mengemas barang-barang sebab familynya pun dah balik. Apa lagi kami berborak laa..hehe. Best sangat dapat kenal dengan Nur, seorang yang mudah mesra, baik..Suka tolong kawan...Moga Ukhwah kita berkekalan…


Monday 26 December 2011

Permulaan Detik Pertemuan








Tanggal 28 Jun 2009, aku melangkah kaki ke salah satu IPT yang menjadi impian semua pelajar lepasan menengah... aku telah berjaya melanjutkan pelajaran ke UKM Bangi bagi menyambung pengajianku ke peringkat ijazah. Perasaan berdebar-debar ingin berhadapan dengan dunia baru. Ini merupakan pertama kali aku melangkah keluar dari daerah negeriku dan berhijrah ke bandar. Aku telah diberitahu bahawa kolej penginapanku adalah Kolej Rahim Kajai. Tepat 9.00 pagi aku telah sampai ke UKM dan mendaftar masuk ke asrama yang menjadi tempat penginapanku. Pertama kali menjejak kaki ke kolej ini aku berasa terkejut dengan budaya yang ku lihat. Betul kata ustaz ku dulu bahawa bila dah melangkah ke alam kampus aku akan terima "kejutan budaya". Jadi sekarang aku kena pandai jaga diri kerana telah berjauhan dengan keluarga...Sewaktu proses pendaftaran, aku memandang seorang pelajar perempuan yang berkaca mata ketika itu menghadapi sedikit masalah pendaftaran. Aku memandangnya tanpa disedarinya. Kemudian tepat pukul 10.00, proses pendaftaran selesai


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...