BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 27 December 2011

Bertemu Dengan Sahabat ^-^

Selesai hari pendaftaran, aku dibawa ke bilik asrama KRK, yang menjadi tempat penginapanku nanti. Sedih laa juga sebab ma dan ayah tak dapat hantar masa hari pendaftaran masuk ke UKM..hukhuk...Tapi nasib baik ada kak cik (second sister) dan tiga orang abang (abe, abe lie dan mukri) sudi menghantar adiknya masuk u...hehe...untung ada ramai adik-beradik nie..boleh mitak tolong.kihkih...Beralih kepada ma dan ayahyang tak dapat bersama-sama masa hari pendaftaran sebab ma dan ayah terpaksa hantar Farah, adik pada aku , dan beza antara kami hanya 2 tahun. Farah dapat melanjutkan pengajiannya dalam bidang Usuluddin di UNISZA, klu dulu diekenali dengan nama KUZA, iaitu tempat kakakku yang ketiga belajar dahulu. Emm.. mesti pelik kan, kenapa kami dapat sambung ke IPT sama-sama. Sebab Farah dapat naik class hari 2, selepas menduduki ujian UKSA kat sekolah Agama yang ketika itu masih ada class peralihan. Hampir 6 tahun kami satu class. sampaikan cikgu kata kami kembar,haha...adik-beradik katakan. Alhamdulillah impian nak sambung belajar ke IPT tercapai. Ok2, nak sambung balik masa hari pendaftaran hari 2. Bila sampai aje kat bilik asrama, terkejut juga tak sangka biliknya selesa sangat,luas pulak 2. Satu bilik dua orang. Tiga orang abang yang merangkap bodyguardku membantu memunggah beg2. nasib baik ada abang-abang nie.. hehe kalau dio orang baca nie mesti marah..kihkih.Teringat lagi kata Abe Lie bawa beg punyer besar macam tak mau balik umah dah... biasa laa ore pompuan, mesti banyak barang..haha.. Selesai mengemas barang abg2 dan kak cik, tiba-tiba datang satu family masuk ke bilik asramaku. 

Aku terpandang seorang pelajar perempuan yang berkaca mata yang berada di sebelah maknya. Baru aku perasan rupa-rupanya dia adalah pelajar yang aku lihat masa kat pendaftran tadi yang ada sedikit masalah masa nak daftar masuk kolej. Dia rupanya roomateku. Bersyukur sangat dapat juga jumpe dengan kawan pertama yang juga my roomate. Namanya Nur Hawiyah, yang biasa aku panggil dengan panggilan Nur. Nur asalnya Terengganu. Kami berborak sekejap, sebab kak cik dan abang2 pun dah nak balik. Selepas itu, aku keluar dari bilik,  nak hantar kak cik dan abang2 kat kereta, masa 2 punyer laa sedih. Yer laa tak pernah hidup berjauhan dengan family. Nie first time aku duk jauh dari ma  ayah..Anak manja betul aku nie kan..huhu..Tapi cover2, aku tahan juga walaupun hati nie nak nangis. Kak cik perasan bila tengok mukaku berubah, Dia pesan, belajar rajin2 nanti ada masa kak cik datang kat sini. Lega sikit bila kak cik bagi tau macam tu.hehe. Selepas mereka beredar, aku kembali semula ke bilik, masuk aje ke bilik, tengok roomate tengah mengemas barang-barang sebab familynya pun dah balik. Apa lagi kami berborak laa..hehe. Best sangat dapat kenal dengan Nur, seorang yang mudah mesra, baik..Suka tolong kawan...Moga Ukhwah kita berkekalan…


1 comments:

nur islam said...

huhuhu... cm kenal model kt bwh 2.untungla dpt romate baik..hahha.ape2 pon smoga pshbtn kita kekal slmnya.AMIN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...